Wednesday, July 15, 2009

DaY 4 to DaY 5........JaKaRTa-FrEE & EaSy!!

DAY 4


Setelah kembali ke Jakarta,kami mula merangka perjalanan untuk hari ini (Day 4).
Setelah berbincang dengan Kak Murie, she advised us to go to Tanah Abang as for our first trip and heading to Manggar Dua selepas tuh.
Dilayan bagai VIP di Aryaduta,taksi menunggu kami di hadapan hotel.Nasihat Kak Murie,naik teksi Blue Bird sahaja.And we just follow her advice.

Me seriously tak tahan tinggal di kota Jakarta kerana macet yang merunsingkan!! hon sana, hon sini.Oh No!!!!

Kami hanya singgah sekejap sahaja di Tanah Abang.Tiba2 kami baru sedar yang kami hampir kehabisan Rp and we need to find out the money changer kiosk to save our life.


Sayangnya, semua org yng i tnya hanya menunjuk ke sana,sini,situ,sinun tanpa tujuan yg jelas dan akhirnya kami menuju ke bank outlet dan bertanya :-

Me : Pak,bisa saya bertanya.Boleh kami nukarin uwang disini? Money changer?

Guard : Nggak ada.Sini nggak ada money changer.Jika ada,kamu perlu pergi ke bangunan

sebelah sana.

Sana lagi?


aduh..pernah kami ditunjuk dan diarahkan ke bilik beku semasa carik money changer kiosk


Me : Kak, betoi ke nih.aku tengok len macam jer..ader ke money changer located dlm tirai2
plastik cengginih?


Akak : Ntah.

Kerana bengang dgn keadaan tu, kami pun mengambil keputusan untuk ke Manggar Dua dan alhamdulillah, di sana ada money changer kiosk.


Kami lapar...so???

Lagi mau tanya...




i hanya sempat snap my meal photos shj..


ini set nasi yg dihidang bersama ayam bakar, lalapan, tempe & tauhu goreng dan sayur asem.


Juga 1 cup orange percuma dgn set ini..


Okey la jugak..harganya pun ok,Rp 18000=RM 6 kot..




Ni muka penat dua beradik ..Actually akak kene food poisoning secara tiba2..and dia masih mampu tersenyum






Terlena...




DAY 5


ni bread yg i beli kat foodmart di loby hotel.teruja dengan presentationnya yg aaaammmmaaaat la menarik,we all semua suka banget!! roti berukuran 7 inci lebar dan 8 inci panjang ini ditabur grated cheese di satu bahagian dan separuh lagi disapu buttercreme choclate dan ditabur dgn choccolate rice.soo YUMMY!!!




bersama Kak Murie..
Tdy is the last day kami kat sini..
Actually, hari ni, giliran me pulak terkene food poisoning..ntah apa yg i mkn smlm, but the last foods yang masuk dlm perut i adalah potato chips yg i beli kat food mart.
Badan rasa seram sejuk dan perut mula meragam..Me berdoa kepada Allah..kalau apa2 nak jadi pd i, biarlah bila i sampai di Malaysia..
apa2 pun ,kami masih nak bershopping di Tanah Abg sekali lagi ,tp kali ini dgn Rp yg mencukupi.




cantik giler baju2 nih..nak beli, takde saiz la pulak.. :(

Selepas pulang dr Tanah Abang, kami bersiap2 nak ke airport dengan dihantar oleh driver kak Murie.



Gosh!!!!

tengokla barang kami ni..

punyerla byk!! sedangkan kami hanya bawa 1 beg seorang ms dtg 4 hari yg lalu.


Errrr..
we are still Malaysian, okay? tengokla beg2 kami yg mcm hapa tuh..Alhamdulillah, walaupun beg kami tu mcm org nak pindah,tp sesen pun tak kene tax.kalau ikutkan, MAS only allowed 20 kg per person..Mungkin berkat doa adik yg tak putus membaca ayat 1000 dinar ms kat kaunter penimbangan tu..




Lasagne for tonight!!!
Walaupun badanku seram sejuk dan mmg dah demam,tp, selera ku masih ada dan perutku juga lapar..



Nampak sgt tak sihatnyer..dgn mata merah dan muka yg sedikit kecut..
Selamat tinggal Jakarta...Insya Allah kami akan datang lagi..
Allah memakbulkan doa aku..
Sebaik sampai je di KL,badan jadi makin panas dan diarrhea yg sgt teruk.
Me mc 2 hari sampaikan my boss larang i dtg opis.
Dia ingatkan aku kene H1N1.
Ceh!!

Tuesday, July 14, 2009

SaMbUnGaN ..tANgKuBaN & CiHaMpELaS

Inilah Gunung Tangkuban Parahu..Nampak tak macam perahu a.k.a sampan yang terlungkup/terbalik?

Adalah sikit2 kot...

Sebaik ajer nampak gerai2 comel yang menjual pelbagai makanan,kami pun ala2 teruja nak makan,but we asked Nanang first if kitorang boleh makanan kat sini..and Nanang jawab "Bisa.."
So kami pun menuju ke gerai2 makanan yg ada di situ dan masing2 pegi ke gerai yang berlainan..Bukan apa, kitorang order asing2 and nanti boleh share sama2..
Bakso ku sedang dicelur dan digodek2 di dalam air panas mendidih..


Pergghhhh!!! Nice presentation la weiii!!
Dah bergelen air liur aku telan sbb tak sabar nak kunyah meatball dia yang gebu tu..



See?
Kan i dah kata, kitorang akan share2 and rasa sikit sorang..me order bakso,akak and azie order sup bakso dan adik order batagor.
BATAGOR??? Apa tu?
batagor ni mcm ala2 rojak,tp menggunakan tahu kering yang digoreng rangup.disediakan bersama sausnya yang enak,pedas,manis dan masin.
Me beli bungkus sbb tak puas makan batagor ni dgn diorang..



Selepas turun dr Puncak, Nanang membawa kami ke Cihampelas-syurga membeli belah ala bazar di pinggir kota Bandung.Mcm2 ada dijual di sini..



Di tengah2 kesibukan Cihampelas..


I love this photos..


Acara wajib yang dah tak baper kisah sbb sibuk dgn urusniaga Rp ..Nanang bertanya lagi.
Nanang : Mau makan apa? Nasi? Seafood? Sate bisa?
Kami : Okey!!!


Pertama kali jugak aku makan nasi ngan sate..

Nasi di sini cukup lazat..dan sedikit berkanji..kalau mkn panas2,mmg sedap.Uniknya,nasi di"serve" dlm bekas beranyam ni.Punyerla banyak porsi nyer..nasi tu tak abis kami makan..padahal, porsi nasi tu hanya untuk 2 org..Tapi, ala2 sekampung boleh makan,kan?


Sate ayam, tahu jepun sos tiram, keredok (pecal mentah-tanpa celur),sayur campur..Mmg best la makan kat sini.
Saus kacang dia unik sikit.kalau kat Malaysia, kuah kacang yang pekat lawan ngan sate.Tp, di sini, kuah kacang dihidang bersama kicap manis, cili potong and tomato..Alhamdulillah, dapat jugak aku makan cili potong kat Indonesia nih..


Kenderaan yg bertanggungjawab membawa kami ke sana sini di Bandung..

Sunday, July 12, 2009

DaY 3-----TanGkuBaN PaRaHu

Hari ini adalah antara hari2 yg dinanti2kan..kami akan bergerak ke Puncak Bandung menuju ke Tangkuban Parahu.We were toooo excited nak tengok sendiri kawah2 gunung berapi kat sana.

Seawal pukul 8.30am, Nanang sudah menunggu di lobi hotel dan dgn gumbiranya kami bertolak ke sana..





On the way to Puncak Bandung..perjalanan di sini mengingatkan kitorang jln menuju ke Cameron Highland.tapi, jln dia tak la memeningkan pon,berbanding dgn jalan ke Cameron Highland yg berbelitnya mak aiii!!!



Kami semakin hampir ke Tangkuban Parahu..tertarik dgn panorama sekitar,mati2 aku ingatkan pokok pine ke hapa ke..nak tau pokok apa? Pokok getah...diulangi,pokok Getah!!Mungkin kerana cuaca kat sini yg dingin,maka jadinya pokok2 getah tu sebegitu.Kalau tak kerana ternampak kesan torehan kat kulit pokok tu, mmg aku tak tau pokok jenis apa la ni..


Kami dah sampai!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak putus2 mengucapkan Subhanallah dan air mata aku bergenang sbb takjub dgn kebesaran Allah..aku tak boleh nak genang air mata lama2..kang ada yg perli aku plak.huhuhuhu

I can see clearly wap2 panas yg berkepul2 naik ke udara.I can smell bau belerang yg cukup kuat..
Kami amat2 teruja dan sibuk berposing di depan papan tanda di atas..Di sini, ramai penjaja yg akan mengikut kita dan memujuk utk membeli hasil jualan mereka.Macam2 dijual-key chain,fridge magnet,topi,pen,frame gambar etc.Tp, harganya,ya ampun!!! bayangkan satu set fridge magnet (2 biji) berharga Rp150 000 = RM 60.00 !!!!!!!!!! Dgn berlagak pandainyer, kami pun tawar menawar sehingga harga jatuh sehingga Rp 60 000 = RM 21.00.Walaupun mahal,kunun2,berpuas hati sbb "pandai" menawar..Tetapi, apabila me pergi ke gerai2 yg bersusun di lereng bukit tuh,alangkah terperanjatnya bila harga kat situ cuma Rp 20 000 = RM 7.00.Eeeeeeeeeeeeeee!!!
Tp, my sis kata,
"Takperla...Lagipun kan penjaja tu tolong kiter ambik gambar dr bawah bukit,atas bukit,tepi kawah dan nak masuk kawah pun ada? Consider kita bayar upah dia laa.."
Me pun setuju dgn akak..

Uniknya gerai2 kat sini..Semuanya beratap rumbia (agaknya kot) dan gerai2 ini berada di sepanjang lereng bukit..Kat gerai2 ni, saya beli baaaaaannyyyyaakk souvenir yg boleh dikategorikan murah.Dpt beli jaket wangi utk abah,keychain utk kenkawan,tandamata dr batu gunung utk ehem ehem dan juga t shirt utk sekeluarga (bayangkan,t shirt cuma Rp 20 000 = RM 7.00 sehelai...)

Oppppss!!! pemandangan ini diambil drpd bhgn atas menara..i dont know apa yg pria ini sedang lakukan..cuma,aku mengurut tekak bila tgk apa yg dilakukan..
Lu pikirla sendiri !!!

Akak sedang merakan shot2 menarik dr atas menara..Cantik wooooo!!


Kami bersama our Nanang!!
Nanang cukup prihatin bila kami semua ala2 menggelupur bergambar sakan sampaikan hampir2 terlupa keselamatan diri
Nanang : "Eh,jgn terlalu hampir ke hujung! Nanti bisa jatuh ke bawah
Kami : "Baik,Nanang!!

to be continued....



Monday, July 6, 2009

sambungan- BaNdUnG sHoPpInG sPrEe

ehehhe..
aktiviti untuk day 1 di Bandung adalah shopping semata2..
kami dibawa "menziarahi" dan menghulurkan rupiah2 kami di F.O.C terpilih..oleh kerana kami dah ter lebih masa di Pasar Baru,maka, kami kesuntukan masa pulak utk menjelajah ke butik F.O.C yg amatla bersepahnyer kat sini..
The Secret Factory Outlet adalah F.O.C pertama yg kami kunjungi.me and akak lebih byk menjamu mata dan kepit our knapsack kuat2.
Azie and Rislah pulak dah berdesup entah ke mana..tau2 jer, muncul dgn 2 beg besar sambil tersenyum2..
adik2 ku...
tak lama abiskan masa kat The Secret, supir kami memberitahu yg kami akan dibawa ke Rumah Mode.teringin bebeno i nak tengok apa yg ada kat situ, sbb my sis asik sebut2 Rumah Mode sejak sampai ke Bandung..
dek kerana hari beransur gelap, kitorang musti cepat2 sbb nanti, dah nak tutup.Opps!! F.O.C kat sini tutup pukul 9pm.
Here we go!!!

ini aksi tak sengaja yg sempat terakam oleh kamera aku..Akak and adik tgh berdiskusi sbb nak amik shot2 menarik kat depan Rumah Mode tu..actually,di perkarangan F.O.C ini byk ukiran2 menarik termasuk patung2 yg men"cantek"kan lagi Rumah Mode ni.
sbb ari dah mlm, gambar jd kurang menarik-so, pemilihan tempat adalah sgt penting utk memastikan shot2 tak kelam,kabur dan gelap

me di celah2 keasibukan pengunjung yg berpusu2 keluar masuk
tak borong byk kat sini..



sowy
pic kurang menarik-sbb hujan dah mula merintik and ari dah malam..semua masih mampu sengih cun walaupun hakikatnya dah nak pancit



our tourist guide a.k.a Nanang tanya kitorang:-
Nanang: Mau makan apa? Nasi? Seafood?
Kami : SEAFOOD!!!!!!!!!!!!!!!!

agak lapar sebenarnya..bukan sebenarnya..tp, MEMANG LAPAR!!!
kami biarkan Nanang memesan seafood..ada jugakla dia tanya kitorang,apa yg kitorang suker makan,apa yg kitorang nak.
Satu perkara y kami amat puas hati dgn Nanang adalah, he was too care about us.and kami pulak rasa mcm ada abg yg baik hati,siap tanya nak mkn apa.ehehhehe
antara makanan yg dipesan:-
Nasi Goreng Seafood
Cumi a.k.a Sotong Goreng Tepung
Udang Masam manis (kalau tak silap aku la)
Ikan goreng rangup (aku mmg tak penah tengok ikan tu di serve sebegini ghuper and aku juga tak tau ikan jenis apa..:))
Siput buluh sos tiram ( x pasti nama yg betulnya-cuma aku mmg tau,ianya adalah siput yg bertempat dlm habitat yg mcm buluh..yg ni,aku mmg tak mkn..)

Satu perkara yg aku suka ttg Indonesian food adalah sos dan kicapnya.sos nya mmg pedas banget dan kicapnya kicap pekat manis..kalau kicap pekat manis tu,kat umah aku, buat goreng mi jer la..tp, kat sini, jadi pencecah dan pembuka selera.Nasib baik takde cili padi ngan asam limau..kalau tak, mmg aku dah tenyeh ngan ikan goreng yg rangup tu



azie and akak..



inila restoran tpt kitorang mkn seafood nih.
memula masuk, aku siyes tak paham apa maksud bintang and tapak kaki tu.
rupa2nya, ia bermaksud.... MUTU 5 BINTANG *****, HARGA KAKI 5
dan aku pun senyum sumbing..
mcm2 la org buat modal nak lariskan niaga nih.









Monday, June 29, 2009

DaY 2----BaNdUnG-ShOpPiNg SpReE!!!!

We are leaving to Bandung!!! arrived around 9.30pm at Sukaerno Hatta airport yesterday and passed through all customs checking,makes me feel gud..i grab tightly all my documents,especially passport,tickets and schedule for this trip.Takut plak aku-kang tak pepasal kene menetap kat sini pulak..baru iyer,kata org Perak.Ops lupa!! Kami bermalam di Aryaduta Apartment Hotel,di rumah kenalan baik akak.Thanks Kak Murie!!

On 6th June,around 7am, our supir dah tunggu kat bawah and dah bersedia utk "berkhidmat" utk kami yg amat2 teruja nih..dlm pikiran aku, it's the right time to "pulun" mkn bakso yg asli (asli kah?) sepuas2nya kat sini.


Oleh kerana kami berniat utk shopping and perlukan empty luggage to place our goods nanti,so, kami hangkut sekali beg2 kosong kami ke Bandung.Senang nak isi barang,tak bersepah and berkenjah dgn plastik2 bagai and will make us fenin fenin later on.



Pose cantek yg diambil oleh our tourist guide.i love this photo so much..walau pun nampak terik ,tp, cuaca di Bandung dingin sekali.


Hatinya tak tahan bila tengok mcm2 jajan yg dijual di bawah bangunan Pasar Baru.Sayangnya,kami tak sempat singgah di kedai2 ini, kerana terlalu sibuk melayan mata dan menghulur duit di tingkat2 atas..Kalau tak silap, bangunan ini ada 7 tingkat dan setiap tingkat khusus untuk pakaian2 tertentu.kain lace,pakaian kanak2,baju batik ala2 bapak dan mcm2..sorry, no pictures.Kan dah cakap td, kami terlalu sibuk....




Tersengih sebelum makan..



Hidangan masakan Minang..entah kenapa,tekak aku ni, kurang sikit la minatnya.may be sbb tak pedas kot..dalam tak minat tu, licin jugak pinggan..ater...udah lapor,yeop...
Masak lemak telur,terung sambal kering,pucuk ubi rebus,telur puyoh bersambal,ayam masak lemak and sambal ijo..Alhamdulillah.....

Tuesday, June 23, 2009

JaKaRtA-BaNdUng TrIP-SeLangKaH LeBiH jAUh

Inspired from Uncle Zul a.k.a Orang Rawa a.k.a Montel Karung, me, akak, adik Cilah and one of her fren plan our trip to Jakarta-Bandung which was soooooooooooooo happening.Adik had booked our ticket last year (me still bujang trang tang tang-belum dipinang org) and now baru la boleh merealisasikan impian emas yg tak baper nak emas dah ni..
Sorry,muka aku purely natural beauty sbb takde selapis make up pun yg menghiasi wajah ke"rawa"an aku.mana taknyer, kuar opis terus berghambat ke Putrajaya and aku cuma sempat tukar costume aku kat Alamanda sebelum adik Cilah dtg mcm pelumba F1 mengejar masa utk fetch aku ngan akak..takkan nak g sana ngan berbaju kurung berselendang bagai (baru kuar opis masa tuh)..aku rasa, harus ada org gelak gulin kat aku sepanjang perjalananan..so, better don't..






We were having our dinner faaaaaaaaaaarrrrrrr away from Malaysia dan terapung di dada langit...Our menu tonite


Nasi Beryani Ayam & Acar Rampai
Kuih Bakar Bersantan
Pink Guava Juice
Ferrero Rocher

dan yang aku paling la tak tahan....


Baskin Robin Choclate Ice Cream!!!!!!!!!!!!!







ini la hidangan yg aku makan mlm tu..okla jugak..yang adoooo




akak aku pose selamba ngan pashmina berselempang bagai sambil tak lepas menggenggam ice cream kesukaan dia.dia pegang kuat2,takut aku sambar sbb ice cream aku dah lama licin.





ni pulak terover excited sbb balik je opis terus kejar flight and of coz kelaparan tahap gaban yg nak berubah jadik transformers.masih maintain cun sambil tersengih memandang aku yg asik memegang kamera..penerbangan 2 jam haram tak terasa bila aku ngan akak asik menceceh tak sudah2..adik and Azie?? wassalamu....2 jam perjalanan, 2 jam la deme megholoh..
Dlm hati aku bersyukur kepada Allah..
Tercapai juga hasrat aku walau mcm2 rintangan yg dihadapi..
Menjejak bumi Jakarta serasa mcm mimpi jadi kenyataan..
aku berterima kasih pada akak and adik tak juga Azie yg berusaha keras menjayakan misi ni.

Saturday, June 20, 2009

Eh Eh?????????

Lama aku tak hapdate..sejak balik dr Jakarta and bring back the disaster "food poisoning", my immunity of my body become slower..i will get slight fever in the evening,cold and warm on and off..Nyaris aku tak kene tahan kat KLIA kerana disyaki pembawa virus H1N1.Ayahanda aku sentiasa risaukan keselamatan anak2 dara yg pegi berjalan ala2 tak hengat dunia nih..Alhamdulillah, semuanya selamat..cuma me and akak ajer yg antibodi kurang kuat dan terkene food poisoning..Di ulangi..Terrrrrrrrkene..tidak disengajakan..
i found all these yummylicious photos while checking my folder.Gosh!!! Kaki makan kah aku??
hanya mereka yg mengerti sahaja tahu..



Cornetto Strawberry Sundae..
i tak tahan dengan limpahan sos strawberry,chocolate chips and cornetto cone chips dia..
no one can share with me.its mine!!!!!!!


Kuey Teow Soup with Yong Tau Foo
Hmmm..only take this meal when necessary only..huhuhuhuhu
Masa ni dinner ngan my colleague kat Mid Valley.



A.B.C

oH No!!!!!!!!! colourful ais batu campur with sweety kidney beans,corn creme,shandong peanuts,greeny cendol and bla bla bla..
i learn how to "sluurrrp" it from my dad.. "Kacau dulu sebelum minum"-itula nasihat dia masa kecik2 dulu





Len Chee Kang

Good to decrease your body heat.but, i akan jumpa mcm2 style len chee kang..ada yg letak colourful jelly,lychee,lengkong,nata de coco,peanut and mcm2 lagik la..according to my dad, it supposed to have "telur puyuh" in a bowl of len chee kang..
errrkk..ye ke?





Kerapu Masam Manis

Favoritos!!!
we have a family dinner on last 2 month at PD and we ordered Thai style dinner.
But they cut the pineapple into a big slice-susah nak mkn lerr..







Puding Kastard Cocktail

hehehe..yg ni i buat sendirik-request from my boss masa b'day party officemate kitorang.


Puding Kastard Cocktail

Bahan-bahan:-

1/2 paket agar2
2 biju telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
3/4 cawan gula
3 sudu tepung kastard
Fruit cocktail dlm tin

Cara2:_

1. Rebus/masak agar2 dgn gula hingga larut
2. Di mangkuk yg lain, telur dipukul dan dicampurkan tepung kastard-gaul sebati
3. Setelah agar2 larut ,masukkan susu cair dan biar mendidih.Baru masukkan campuran telur dan kastard.Kacau segera utk elakkan berketul.Tutup api apabila campuran menjadi likat dan pekat.
4. Utk yg suka letak dlm bekas2 comel,fruit cocktail boleh disusun dlm bekas dan dituang campuran kastard ke dlmnya..Bg yg nak campur sekali,boleh tuangkan fruit cocktail dlm campuran kastard (asingkan airnya) dan barulah dituang dlm loyang atau acuan.

P/s : Syrup cocktail agak masam.Bg yg suka masam manis,bolehla campur sedikit didlm adunan.
Me just sira sikit je atas puding sms dihidangkan..

Biasalah..kalau takde mende nak buat tu, otak mula mereka, tgn mula bekerja and dapur,oven and toaster pun akan berasap...